Wednesday, 27 July 2011

Maksud Android

Hi kepada semua, untuk hari ini aku nak terangkan kepada semua apa itu Android di sebab kan masih ramai yang tanya apa itu Android? Apa beza Android dengan telefon lama? Apa bagusnya Android ni? Kenapa Android dan macam-macam lagi. Ini di sebab kan mereka masih keliru dengan kewujudan Android ini dan ada pula yang biasa di tipu oleh sesetengah orang yang buat-buat tahu tentang Android ni.

Pernah terjadi satu masa, bila aku dan kawan aku pergi jalan2 untuk survey handset baru, sampai kat 1 kedai ni, penjual dia pun tanya.
Penjual                     : Ya boss,apa mau? tengok-tengok ni semua handset baru
Kawan aku               : Takpe, kami nak tengok-tengok je dulu..handset Nokia ada tak?
Penjual                     : Eh,apa pakai Nokia..sikalang semua orang pakai Android,baru punya boss..
Kawan aku              : Haa..tu iPhone,berapa? 3gs punya kan?
Penjual                    : Ini paling cantik boss..paling bagus punya Android.
Kawan aku              : Android? iPhone ni pakai Android ke?
Penjual                    : Ya la...ini Android pertama keluar and ini Android terbaik!
Kawan aku              : Tapi kan..... ( sambil jeling2 kat aku)
Aku                         : OooOOooo..baru i tau iPhone pakai Android rupanya.. ( sambil buat isyarat kat member aku suruh bla dari situ..

Kan, aku rasa bukan aku sorang je yang nak kena tipu macam tu.. Jadi, maksud Andorid adalah Sistem Operasi ( Operating System ) untuk gadjet / peranti ( device ) yang bergerak (portable) atau telefon selular,notebook dan tablet. Ia di bangun kan oleh Android Inc. pada mulanya menggunkan perisian Linux dan GNU, namun sekarang sudah di beli oleh Google.
Kemudian 'Open Handset Alliance' telah di bentuk untuk mengembangkan OS Android ini, antaranya termasuk la HTC,Motorola,Samsung,Nvidia dan macam-macam lagi. Android ni jadi top sebab aplikasi (application) memang banyak, bayangkan la.. 70,000 tu..

Senang kata macamni la.. Android biasanya untuk handset (PDA) terkini seperti HTC,Motorola,Samsung.. Blacberry pulak guna Operating System dia sendiri, iaitu Blacberry OS 5/6 , dan iPhone pulak guna MAC Os,iaitu iOS.. yang Nokia,Sony Ericsson guna dulu tu di panggil Symbian.. tapi,tunggu la..sebab Symbian akan bangkit lagi dan sekarang dalam perancangan :)

No comments:

Post a Comment